Selasa, 27 Julai 2010

Album 2010

Karnival Sains dan Matematik (19-23 Julai)

Permainan Musical Chair
Murid Tahap 1 berkumpul di dewan
Guru dan murid Tahap 1 bekerjasama mengemaskan dewan selepas karnival

Majlis Ceramah Israk Mikraj (17 Julai)
Bacaan Al-Quran dan terjemahan
Tn Hj Saidin Hasnam sedang memberi ceramah


Majlis Perpisahan PK Petang 
Cenderahati dari SK Kamunting
Kata-kata terakhir Pn. Nurmah bt Mat Salleh
Persembahan istimewa dari warga SK Kamunting
Lagi persembahan istimewa untuk PK Petang

Videoclip
* Pn Nurmah telah bertukar ke SK Sultan Abdullah, Kg Cheh, Changkat Ibol

Sambutan Hari Guru (17 Mei)
Mengaminkan doa di Hari Guru
Deklamasi sajak oleh Mr. Ooi
Persembahan murid Tahap 1
Persembahan murid Tahap 2
Permainan futsal sebelah petang
Pertandingan bola tampar antara rumah sukan

Ahad, 25 Julai 2010

Visi, Misi, Objektif dan Matlamat Sekolah

Visi Sekolah
Menjadikan SK Kamunting Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri 2010

Misi Sekolah
Guru dan Staf Sokongan Berdedikasi,
PIBG Berperanan,
Murid Berdaya Saing,
Tonggak Kejayaan Pendidikan Sekolah

Objektif Sekolah
Melahirkan insan yang cemerlang dalam aspek :
Akedemik:
Berilmu pengetahuan, Berkemahiran, Celik teknologi, tanpa gagal
Kokurikulum:
Penglibatan aktif, Menguasai teknik, Semangat kesukanan, Meraih kejayaan
Sahsiah:
Beriman & beramal, Berdaya saing, Bertanggungjawab, Berdisiplin tinggi

Matlamat Sekolah
  1. Peningkatan akademik berterusan yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan dalaman dan UPSR yang cemerlang.
  2. Mewujudkan pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan dan telus.
  3. Membina dan memupuk akhlak dan disiplin yang baik berlandaskan ajaran Islam bagi mewujudkan sahsiah yang baik berasaskan program pembangunan insan.
  4. Mewujudkan peluang untuk murid mengembangkan bakat sukan dan potensi ke peringkat yang lebih tinggi.
  5. Mewujudkan suasana kerja berpasukan yang harmonis dan ceria.
  6. Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang indah dan bersih.
  7. Mewujudkan hubungan mesra dengan masyarakat dan agensi setempat.

Sabtu, 24 Julai 2010

Sejarah Ringkas SK Kamunting

Ditubuhkan pada 3 Januari 1987 dengan menumpang di SRJK(T) Kamunting. Diasaskan oleh En. Ahmad Ahtar b. Abd Latiff yang juga merupakan Guru Besar pertama. Seramai 8 orang guru dan 5 orang pekerja mula bertugas pada ketika itu. Bilangan murid seramai 169 orang yang terdiri daripada Tahun 1 hingga Tahun 4.
Pada bulan Oktober 1988, 2 blok bangunan baru siap dibina di tapak baru yang terdiri daripada 12 bilik darjah, Bilik Guru, Pejabat, Bilik Sembahyang, Pusat Sumber, Bilik Serbaguna, kantin dan tempat letak basikal.
Pada 2 januari 1992 sebuah kelas Prasekolah Annex ditubuhkan.
1 September 1992 SK Kamunting telah dinaiktaraf kepada sekolah gred A dengan jumlah bilangan murid seramai 1100.
Pada tahun 1994, satu blok bangunan setingkat didirikan. Blok ini mengandungi 4 bilik darjah dan sebuah bilik.
Pintu masuk utama ke SK Kamunting