Selasa, 31 Ogos 2010

Majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan

30 Ogos 2010 - Satu majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan telah diadakan pada jam 4.00 ptg hingga 5.30 ptg bertempat di dewan SK Kamunting. Majlis diadakan dalam suasana sederhana sebagai menghormati kesucian bulan Ramadhan. Upacara penutup telah disempurnakan oleh PK HEM, En. Ismail bin Abd Malek.
Nyanyian Lagu-lagu Patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang

Pertandingan Basikal Berhias
Dalam kesibukan mengendalikan majlis, kewajipan menunaikan zakat fitrah tidak dilupakan

Video Laungan Merdeka oleh En. Tarmizi Jaafar

Sabtu, 21 Ogos 2010

Renungan : Adab Bersahabat



Surah Al-Kahfi :ayat 28
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

Surah Luqman : ayat 15
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang salih). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

Ayat-ayat ini menegah kita bersahabat dengan orang yang fasiq yang sentiasa melanggar perintah Allah walaupun adakalanya dia melakukan amal ibadat.

Al-Qamah, seorang ulama masyhur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat, antaranya :
  1. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
  2. Jika dia mendapat sesuatu kebaikan daripadamu, dia akan menghargainya,
  3. Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu,
  4. Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.

Kesimpulannya, dalam kita bersahabat janganlah kita riya' pada kelebihan yang kita miliki dan irihati pada kelebihan sahabat lain, sebaliknya berusahalah semoga sahabat itu turut mendapat kebaikan. Jika kita mendapat sesuatu kebaikan daripadanya, hargailah ia, bukannya hasad dengki kepadanya. Jika kita membuat bakti kepadanya nescaya dia juga akan mempertahankan kita, bukannya memusnahkan kita. Dan jika kita berselisih faham dengannya, beralahlah demi menjaga tali persahabatan itu, bukannya terus dengan ego yang meninggi. Janganlah kerana perbezaan usia kita menganggap diri kita ini lebih matang daripadanya dan tetap mempertahankan ego kita. Janganlah kita berharap orang meminta maaf kepada kita semata-mata sedangkan kesalahan kita kepadanya mungkin berkali ganda daripada kesalahannya.


Ini bukan tazkirah atau Taman Asuhan Kanak-kanak Islam, tapi cuma renungan. Apalah ada pada diri ini untuk memberi tazkirah kepada insan lain sedangkan ramai insan lain yang lebih layak. Untuk artikel lanjut tentang riya' sila lawat http://saidinhasnam.blogspot.com/.

Selasa, 3 Ogos 2010

Sori rakan-rakan pelawat,dah lama tak update blog ni.Bukan apa terdapat unsur-unsur dengki pulak dah terhadap kewujudan blog ni.Ada orang rasa tercabar kut bila blog ini diwujudkan...