Sabtu, 2 Julai 2011

Selamat Tinggal Sessi Petang SKK

Jumaat 27 Mei 2011 merupakan hari terakhir buat warga sessi petang SK Kamunting kerana bermula 13 Jun 2011 bersamaan hari pertama persekolahan penggal kedua SK Kamunting akan melaksanakan sekolah satu sessi sahaja memandangkan jumlah murid yang semakin berkurangan.
Pada petang Jumaat tersebut satu majlis perpisahan telah diadakan dalam suasana yang bercampur baur antara suka dan duka.Guru-guru sessi petang telah bersama-sama menyediakan juadah dan hidangan pada petang tersebut.
Buat semua warga sessi petang SK Kamunting yang akan memulakan sessi baru nanti diucapkan selamat bertugas dengan penuh dedikasi sepertimana ketika bersama-sama di sessi petang..





Galeri Sessi Petang Dalam Kenangan (Foto & Video)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan